Dakwa MP KEADILAN digugur: Laporan FMT mengelirukan, tak berasas

Dari: KeadilanDaily

KUALA LUMPUR: Laporan sebuah portal berita, Free Malaysia Today yang menerbitkan laporan mendakwa beberapa ahli parlimen KEADILAN akan digugurkan dari parti itu kerana prestasi lemah, dianggap mengelirukan dan tidak berasas.

Sehubungan itu, Pengerusi jawatankuasa audit KEADILAN, Nik Mahmood Nik Hassan menafikan berita tersebut yang turut memetik namanya dalam laporan berkenaan. Jelasnya, beliau langsung tidak dihubungi laman portal berita itu bagi mendapatkan maklumat yang sebenar.

“FMT akan mengetahui hakikat ini sekiranya mereka menghubungi saya dalam menulis laporan mereka. Saya dinamakan sebagai pengerusi jawatankuasa tetapi langsung tidak dihubungi FMT.

“Malangnya FMT bergantung kepada sumber yang tidak dinamakan dalam menyebut tentang laporan audit tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media yang dibaca Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.

Ahad lalu, FMT dalam laporannya mendakwa tujuh ahli parlimen KEADILAN akan digugurkan kerana gagal dalam laporan audit bebas parti itu.

Dalam pada itu, Nik Mahmood menjelaskan bahawa audit tersebut dibuat untuk menilai pandangan awam bagi menambahbaik prestasi KEADILAN di kawasan tertentu.

“Tiada seorang pun daripada Ahli Parlimen yang dinamakan dalam laporan FMT diaudit oleh jawatankuasa saya,” jelasnya.

Menurutnya lagi, audit itu juga meneliti fungsi pusat khidmat, perjalanan program dan interaksi antara wakil rakyat, organisasi parti, badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat secara umum. Laporan itu kemudiannya dikongsi secara dalaman dengan pimpinan parti.

“Justeru, jelas sekali laporan FMT adalah mengelirukan dan tidak berasas. FMT patut menghentikan kerja tidak beretika ini dan lebih bertanggungjawab untuk laporan mereka,” tegasnya .

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Demokrasi, KEADILAN, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s