Halang Anwar ke luar negara, kenyataan Ummi Hafilda memalukan- AIC

KUALA LUMPUR: Kelab Anwar Ibrahim (AIC), menggesa Ummi Hafilda supaya tidak bertindak di luar batas ekoran kenyataannya yang mahukan kerajaan Malaysia menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.

Setiausaha Agung AIC, Saifuddin Shafi Muhammad berkata kenyataan Ummi yang disiar akhbar arus perdana itu dianggap satu perbuatan memalukan yang dianggap  cuba ‘mengajar’ kerajaan.

“AIC mempersoalkan kredibiliti Ummi Hafilda dan kedudukannya yang dilihat seperti mempunyai kuasa dan tugas-tugas khas sehingga mempunyai suara untuk mengarahkan Kerajaan Malaysia melakukan sesuatu mengikut telunjuk beliau.

“Tindakannya yang seolah-olah ingin mengajar Kerajaan Malaysia adalah amat memalukan dan ditertawakan oleh seluruh lapisan masyarakat,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Saifuddin, amat menghairankan apabila Ummi yang tidak mempunyai sebarang jawatan kerajaan, mendapat  liputan istimewa daripada media arus perdana untuk  menyerang keperibadian orang lain.

Tegas beliau, umum mengetahui ummi hanya dijadikan alat oleh musuh-musuh politik Anwar bagi merencanakan pelbagai agenda jahat dengan menabur fitnah untuk menggambarkan imej buruk terhadap ketua pembangkang itu.

“Anwar tidak boleh dilabelkan bersalah sehingga mahkamah memutuskan perkara tersebut. Beliau mempunyai hak dan kebebasan untuk melaksanakan urusannya dan tidak wajar beliau dinafikan hak tersebut hanya kerana gesaan-gesaan daripada sesetengah pihak,” ujarnya.

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Kenyataan Media, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s