Perutusan Maulidur Rasul

12 Rabiul Awal 1432

Dalam usaha kita memaknai sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat dan hidayahNya kepada umat Muslimin dan Muslimat serta seluruh umat manusia. Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan keluarga baginda.

Firman Allah SWT bermaksud :
“Dan tiadalah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. Al-Anbiyaa’:107

Jelaslah di sini bahawa, Rasulullah diutuskan adalah untuk merahmati seluruh alam dan segala lapisan manusia yang terdiri dari pelbagai bangsa yang berlainan etnik, agama dan budaya.  Junjungan Muhammad SAW tidak pernah meletakkan batasan etnik dan bahasa sebagai penghalang hubungan antara semua warga manusia. Yang menariknya, Junjungan Muhammad SAW sentiasa mengangkat martabat insan dengan meletakkan mereka ditempat yang dimuliakan oleh Allah SWT sebagai anak-anak Adam (a.s). Tanggal 12 Rabiul Awal adalah hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW yang wajar diperingatkan kepada kita semua sebagai satu detik terpenting kepada semua warga manusia terutama sekali bagi masyarakat masyarakat Islam.  Setelah lebih 1400 tahun Baginda meninggalkan kita semua, marilah kita merenungi dan memaknai kehidupan ini yang penuh dengan cabaran sebagai umat Nabi akhir zaman. Apakah kita mampu berdepan dengan cabaran dan dugaan kehidupan duniawi yang sering menggugat keimanan umat Islam. Sesungguhnya Islam yang kita anuti tidak akan mampu disebarkan sekiranya tiada kesedaran yang mendalam , keimanan yang kukuh dan aqidah yang mantap seperti yang Baginda Rasulullah dan para sahabat telah bimbing dan tinggalkan untuk kita pelajari dan fahami dengan sebaik mungkin dalam kehidupan harian. Demikianlah besarnya pengorbanan Junjungan Muhammad SAW dalam memperjuangkan dan menyebarkan risalah Islam yang serba komprehensi – duniawi dan ukhwari, aqli dan ruhi sehingga terjelma gagasan UMMAH yang bukan sahaja terangkum di dalamnya warga Muslim bahkan juga bukan Muslim  iaitu masyarakat Yahudi dan Kristian di Kota Madinah. Hal yang sedemikian terpahat dalam Piagam Madinah yang bersejarah dan perutusan terakhir Junjungan Muhammad SAW di Hajjatul Wada’.

Firman Allah SWT bermaksud :
“Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang arab yang umiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat) serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. Al Jumu’ah :2

Upacara menyambut Maulidur Rasul SAW tidak akan bermakna sekiranya hanya disambut semata-mata untuk mengingati kelahirannya sahaja. Seharusnya kita mesti bersatu meneladani akhlak dan peribadi Baginda dalam segenap aspek kehidupan diri, kelurga, masyarakat dan negara. Justeru, keindahan Islam itu dapat dipamerkan kepada khalayak ramai dengan penampilan semua dimensi risalah, sunnah dan sirah Junjungan Muhammad SAW untuk disebarluaskan. Sejajar dengan sabda Rasulullah SAW;
“Dari Anas bin Malik telah bersabda kepadaku Rasulullah SAW;

”Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka ia telah cintakan aku dan barangsiapa yang cintakan aku maka dia bersamaku di dalam syurga”.(Riwayat At-Tarmidzi)

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada kali ini menatijahkan impak yang besar dalam diri kita bagi melakukan perubahan dalam diri kita, institusi keluarga , masyarakat dan negara.

Dr Wan Azizah Wan Ismail

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Kenyataan Media, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s