Bekas Presiden Ireland bertemu Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Satu pertemuan rasmi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama bekas Presiden Ireland, Mary Robinson berlangsung hari ini.
Pertemuan yang bermula pada jam 8.30 pagi tadi itu turut disertai Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Robinson pula ditemani suaminya, Nicholas Robinson.
Bercakap kepada Keadilan Daily.com, pembantu Wan Azizah, Julailey Jemadi berkata, selain untuk mengenali pimpinan tertinggi parti, pertemuan tersebut juga membincangkan mengenai hubungan serantau antara kedua-dua negara.
Mereka juga berkongsi pendapat mengenai bagaimana untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Ireland.
Turut dibincangkan berhubung parti KEADILAN dan perkembangan semasa di  Malaysia.
Robinson merupakan presiden ketujuh Ireland dan wanita pertama negara itu yang dilantik menjadi Presiden.
Robinson, selepas bersara dari Presiden Ireland pada 1997, dicalonkan menjadi Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkuatkuasa pada 12 September 1997 hingga 2002.
Beliau kini adalah Presiden Pertubuhan Mary Robinson yang memfokuskan berhubung keamanan di negara itu.
Pertemuan berakhir pada jam 9.30 pagi tadi.
Nurul Izzah selepas itu bergegas ke Jalan Pinang, dekat sini untuk mengadakan sidang media di kawasan berhampiran fasa pertama projek jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana.

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Antarabangsa, Demokrasi, KEADILAN, Politik, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s