Majlis Presiden, Konvensyen Perkukuh KEADILAN Sabah

Kepimpinan ketua-ketua cabang PKR di Sabah telah mencapai konsensus dengan Majlis Pimpinan Pusat untuk menubuhkan Majlis Presiden PKR Sabah yang dianggotai 11 ahli untuk memimpin PKR Sabah buat sementara waktu bermula hari ini.

Pendekatan baru ini diambil untuk memastikan sumber dan gerakkerja PKR Sabah ditumpukan kepada usaha mewujudkan satu agenda rakyat yang lebih adil kepada rakyat Sabah, memandangkan Pilihanraya Umum 13 dijangka akan dipanggil dalam masa beberapa bulan lagi.

Majlis Presiden ini diamanahkan untuk menghasilkan dokumen manifesto pilihanraya yang menggarab dan melambangkan komitmen PKR Sabah untuk mengembalikan maruah, keadilan dan pembelaan kepada rakyat Sabah.
Dokumen akhir itu akan menyenaraikan dasar dan janji PKR Sabah dalam isu-isu penting yang dekat dengan rakyat Sabah mencakupi keseluruhan aspek politik, ekonomi dan sosial.

Majlis Presiden juga dipertanggungjawabkan untuk menjelajah seluruh Sabah dalam bulan Februari dan Mac untuk mendapatkan maklumbalas rakyat untuk digarab di dalam dokumen tersebut; yang akan dibentangkan di dalam Konvensyen PKR Sabah pada akhir bulan Mac 2011.

Tugas dan tanggungjawab ahli Majlis Presiden didasarkan kepada isu-isu besar dan fungsi Kerajaan Negeri Sabah, bertujuan untuk memberikan fokus dan latihan kepada pimpinan negeri memantau prestasi pentadbiran kerajaan sedia ada dan membina kemahiran pentadbiran yang diperlukan untuk melaksanakan dasar-dasar yang dicadangkan.

Usaha mewujudkan pemantauan yang tersusun seperti ini diharap akan membawa era baru arus politik yang lebih sihat dan menguntungkan rakyat.

Saya dengan ini mengumumkan pembentukan Majlis Presiden PKR Sabah berdasarkan pendekatan isu (issue based portfolios) seperti berikut:

Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi
Pembangunan Luar Bandar
Pembangunan Infrastruktur
Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan
Pembangunan dan Pengurusan Tanah
Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Belia dan Sukan
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Pertanian dan Industri Makanan

Ahli-ahli Majlis Presiden dan portfolio yang dipegang akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Saya juga ingin mengumumkan pembentukan Sekretariat Penganjur Konvensyen PKR Sabah yang akan bertanggungjawab mengatur aktiviti dan seminar sepanjang bulan Februari dan Mac, dengan tujuan membina momentum politik ke arah Konvensyen PKR Sabah pada akhir Mac.

Makanya, fokus PKR Sabah akan terus diperkuatkan untuk membela kebajikan rakyat Sabah, dengan pendekatan berganda menawarkan dasar-dasar baru untuk membasmi kemiskinan dan mengangkat taraf hidup rakyat; di samping usaha mewujudkan kebertanggungjawaban kerajaan sedia ada kepada rakyat Sabah.

Fokus saya dalam tempoh interim ini adalah untuk mewujudkan struktur organisasi yang berkesan untuk mencapai potensi PKR Sabah sebagai pembela rakyat Sabah.

DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s