Perutusan Tahun Baru 2011.

Syukur Alhamdulillah, tahun 2010 sudah tiba di penghujungnya. Tirai yang lama akan dilabuhkan, bahtera yang baru akan dilayarkan. Semoga tahun baru ini dapat mendidik kita semua untuk terus melakukan perubahan dan memajukan diri, keluarga dan negara. Ini bermakna, tahun 2011 yang akan menjelang ini dapat memberikan semangat kepada kita semua untuk terus melakukan perubahan kepada yang terbaik.

Sepanjang setahun yang lalu, kita telah banyak melalui onar dan ranjau dalam memartabatkan rakyat Malaysia. Pelbagai cabaran telah kita tempuhi dalam usaha pemperdayaan masyarakat. Perjuangan kita adalah perjuangan rakyat yang prihatin kepada tanggungjawab dan ketelusan dalam pentadbiran, kepimpinan dan juga perpaduan dikalangan berbagai kaum dan etnik. Seterusnya mengukuhkan persaudaraan dan keutuhan dalam keluarga dan masyarakat Malaysia keseluruhannya, Inilah cabaran yang mesti kita pikul bersama untuk masa depan negara tercinta.

Semangat perjuangan KEADILAN adalah wacana perjuangan yang harmoni dan penuh dengan hormati menghormati antara satu dengan yang lain. Dalam erti kata lain, kita harus menanamkan sifat setiakawan dan setia dalam perjuangan. Semangat kekitaan terus dipupuk untuk mencorakkan kesatuan yang kukuh. Kita tidak seharusnya bersengketa, sebaliknya harus berkerjasama untuk perpaduan rakyat. Inilah perjuangan yang berasaskan kepada kerohanian yang kuat dengan diserap nilai-nilai moral yang tinggi. Kita perlu yakin bahawa kekuatan ini perlu dijadikan tonggak dalam memperjuangan kebenaran dan membela keadilan. Sesungguhnya dengan keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang ini dapat memantapkan lagi asas perjuangan kita semua.

Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan beragama, maka kita semua sebagai rakyat Malaysia seharusnya punyai iltizam yang tinggi untuk membawa perubahan dan memartabatkan keadilan untuk rakyat Malaysia. Ayuh! Marilah kita sama-sama bangkit dan bersatu sebagai satu bangsa Malaysia yang bermaruah dan bertekad untuk merealisasikan matlamat dan agenda perubahan.

“SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU”

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

 

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s