Perutusan Ma’al Hijrah 1432H

Alhamdulillah, hari ini umat Islam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah. Jika dihimbau rentetan sejarah, 1432 tahun lalu mencatatkan peristiwa di mana umat Islam di Makkah yang ditindas dan dizalimi oleh kaum Musyrikin Quraisy telah mendapat nafas baru setelah berhijrah ke Madinah al-Munawwarah.

Di Madinah, Rasulullah SAW telah membina sebuah tamadun dan pemerintahan yang berteraskan keadilan, kebebasan, integriti dan prinsip tadbir urus yang baik. Selain menjamin hak umat Islam, pentadbiran Rasulullah SAW juga turut memelihara kebajikan golongan bukan Islam dan kaum Yahudi yang sebelum ini begitu mencurigai sistem keadilan Islam.

Jika direnung kembali konsep pentadbiran Rasulullah SAW, — meski pun Baginda berbangsa Arab Quraisy — tidak pernah sekali pun Baginda melebih dan meletakkan keutamaan kepada kaumnya semata-mata. Baginda juga tidak pernah melaung-laungkan slogan perkauman atau retorik ‘ketuanan Arab’ dalam usaha mendapatkan sokongan dari penduduk Madinah.

Justeru, atas semangat dan iktibar yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW dan para khalifah Islam terdahulu, marilah kita sama-sama membina tekad dan iltizam untuk berhijrah dari kebobrokan ke arah kebaikan dengan menegakkan keadilan dan kebebasan di negara ini serta menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Sempena menyambut kedatangan tahun baru Hijrah hari ini, saya mewakili seluruh pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Salam Ma’al Hijrah buat seluruh umat Islam. Bersama-sama kita pacu perubahan!

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN. Bookmark the permalink.

One Response to Perutusan Ma’al Hijrah 1432H

  1. sabri69 berkata:

    Dalam kes perbicaraan DSAI ini, semoga Allah swt menunjukkan perkara yang sebenar sebelum DSAI mati. AMIN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s