Pasca PRK: Penghargaan Buat Rakyat Batu Sapi & Petugas KEADILAN

Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas sah menjadi milik BN. Meskipun terpaksa berhadapan dengan sogokan pengundi, penyalahgunaan jentera dan dana kerajaan, dan serangan bertubi-tubi media arus perdana, Pakatan Rakyat tetap mencatatkan keputusan yang memuaskan.

Keputusan semalam menyaksikan undi golongan muda kepada Pakatan Rakyat meningkat di kedua-dua kerusi Batu Sapi dan Galas. Ini juga yang diperlihatkan secara konsisten dalam 7 kemenangan Pakatan Rakyat dalam siri-siri Pilihanraya Kecil usai 2008 lagi.

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat jentera pilihanraya yang begitu komited dan bertungkus-lumus bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat.

Tewas bukan beerti kita harus akur pada situasi semasa, hakikatnya ia menjadi satu ruang untuk kita memperkemaskan jentera dan juga mengenalpasti kekurangan yang perlu ditambahbaik. Sekalung tahniah buat para petugas KEADILAN khususnya dan Pakatan Rakyat amnya di Batu Sapi dan Galas!

Kepada rakyat yang memberikan undi kepada KEADILAN di Batu Sapi, sokongan anda dihargai sepenuhnya. Ia jelas membuktikan bahawa Sabah, meskipun disebut sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN, bukan lagi tapak selesa bagi mereka. InshaAllah kita lunaskan dalam Pilihanraya Umum akan datang!

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Kenyataan Media, Pakatan Rakyat, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s