Deepavali Nal Valthukal!

Hari ini, penganut agama Hindu akan meraikan Hari Deepavali. Jika dihimbau sorotan sejarah, dihikayatkan bahawa perayaan Deepavali adalah bersempena mengenang kekalahan Raja Naragasura yang kejam yang kemudiannya mati dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Raja Naragasura berpesan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi berbuat kejahatan sesama manusia.

Maka tradisi menyalakan pelita di rumah penganut Hindu adalah sebagai simbolik bagi meraikan kemenangan Kebaikan yang menewaskan Kejahatan dan cahaya yang melenyapkan kegelapan.

Justeru, himbauan sejarah dan hikayat tentang perayaan Deepavali ini sewajarnya direnung dan dimanifestasi dalam kehidupan kita yakni iltizam perjuangan menentang kejahatan dan kebatilan pasti akan menemui pengakhiran kebaikan dan kebenaran.

Realiti politik Malaysia menyaksikan bagaimana elemen penindasan dilakukan secara sistematik, sehingga menyulitkan rakyat dari pelbagai sudut. Di sinilah wujud keperluan mendesak untuk kita mengembalikan ‘cahaya kesedaran’, agar rakyat bangkit menumpaskan penindasan di sebalik ketidakadilan, rasuah dan salahguna kuasa yang berleluasa.

Buat semua yang meraikannya, saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Deepavali Nal Valthukal!

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Sosial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s