Ucapan Anti-Demokrasi: Najib Didesak Pohon Maaf

Entah apa gerangan dengan kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Razak sewaktu menyimpulkan ucapan perasmian beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin yang mana beliau telah menggesa semua anggota UMNO supaya tetap mempertahankan Putrajaya “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”.
 
Kenyataan beliau tersebut jelas mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat kerana ianya seakan-akan menunjukkan bahawa anggota UMNO sanggup melakukan apa saja sehingga ke tahap mengganas dan menumpahkan darah hanya kerana mahu kekal berkuasa. Kenyataan Dato’ Sri Najib itu juga adalah bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan negara sejak Merdeka hingga kini.
 
Jika sekiranya ditakdirkan bahawa Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat Malaysia untuk menerajui Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional wajib menerima keputusan tersebut secara matang dan rasional atas semangat demokrasi dan keluhuran Perlembagaan. Ini kerana hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana yang harus diberikan mandat untuk memimpin negara ini.
 
Justeru, saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden UMNO menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi. KEADILAN juga menuntut supaya Dato’ Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni.
 
DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Kenyataan Media, Politik. Bookmark the permalink.

One Response to Ucapan Anti-Demokrasi: Najib Didesak Pohon Maaf

  1. Greetings,

    I am, Muhammad Nasri, a student from Pennsylvania State University just finished designing a new car marketplace website for all Malaysians to advertise their cars for free. Is there is any way that you could write an entry about the website?

    Thank you for your time. Hit me back if you have any questions.

    Thank you,
    Muhammad Nasri Abdul Malek

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s