Penangguhan GST : Protes Rakyat Beri Kesan Positif

KEADILAN menyifatkan keputusan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah merupakan satu kejayaan besar buat rakyat Malaysia seluruhnya.Keputusan ini jelas menunjukkan, lonjakan kritis rakyat untuk menentang sebarang bentuk pelaksanaan dasar yang menindas rakyat tidak boleh lagi dipandang mudah oleh Umno-BN.

Kementerian Kewangan tatkala memberi rasional penangguhan, menyatakan penangguhan pelaksanaan GST ini membolehkan kerajaan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat untuk memastikan penguatkuasaan GST kelak akan diterima dengan baik oleh semua pihak.

Kenyataan ini diragui profesionalismenya. Apakah ini membuktikan sebelum ini, dasar-dasar yang membebankan rakyat diluluskan sewenangnya tanpa mengambil kira keluh kesah rakyat bawahan yang jelas menjadi sasaran pelaksanaan dasar-dasar tersebut?

Ini ditambah dengan kenyataan-kenyataan usahawan Kecil dan Sederhana dan juga para pemuka industri negara yang melihat penangguhan ini adalah sesuatu yang sangat wajar, dalam pada mereka dapat menyediakan industri dengan kapasiti yang lebih stabil untuk diselaraskan dengan pelaksanaan GST ini.

KEADILAN mengakui bahawa sesuatu langkah perlu dilakukan untuk melonjakkan kedudukan fiskal negara. Sungguhpun begitu, penyelesaiannya bukan semata-mata GST dalam keadaan ianya tidak wajar dilaksanakan di atas perit jerih rakyat yang semakin terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Kerajaan digesa melakukan transformasi asas dengan membasmi korupsi dan penyelewengan dana kerajaan melalui sistem perolehan yang tidak telus dan terbuka, sebagaimana yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara saban tahun. Sekiranya ini dapat diselesaikan dengan serius pada kadar segera, ianya jelas boleh menyelesaikan masalah ekonomi negara dengan tuntas tanpa perlu memperkenalkan dasar yang membebankan rakyat.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Ekonomi, KEADILAN, Kenyataan Media and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s