KEADILAN Bersedia Hadapi Dua Pilihanraya Kecil

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang telah diadakan semalam memutuskan bahawa PAS akan dipertanggungjawabkan semula untuk bertanding seterusnya mempertahankan kerusi DUN Galas yang dijadualkan akan diumumkan pada 22 Oktober 2010, dan akan turut disertai sama semua pimpinan utama Pakatan Rakyat daripada KEADILAN dan DAP.

Manakala bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Pakatan Rakyat bersetuju agar Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sabah diberi mandat untuk memutuskan parti komponen mana yang akan bertanding bagi kerusi tersebut kelak.

Kita tegas mempersoalkan kewajaran SPR menetapkan hari mengundi DUN Galas jatuh pada hari bekerja. Ini telahpun berlaku di dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai tahun lepas, yang secara kebetulan juga di Kelantan.

Sungguhpun begitu, ia tidak wajar mengganggu fokus KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk memastikan Pakatan Rakyat terus kukuh di dalam DUN Kelantan umumnya. Kita juga telah meneliti sebarang bentuk kemungkinan apabila SPR akan menetapkan hari penamaan calon dan hari pengundian bagi Parlimen Batu Sapi kemudiannya.

Alhamdulillah muafakat Pakatan Rakyat dicapai dengan penuh harmonis dan persefahaman jitu. Justeru adalah penting bagi KEADILAN untuk menggerakkan jentera seoptimum mungkin bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam kedua-dua pilihanraya kecil tersebut. InshaAllah, KEADILAN dan Pakatan Rakyat mampu menggalas harapan rakyat dan lebih bersedia untuk bertempur dengan jentera dan instrumen kerajaan bawah kawalan Umno-BN.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Pakatan Rakyat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s