Allahyarham Pak Tam Dalam Kenangan

Saya sedih dan pilu tatkala dimaklumkan akan pemergian ke rahmatullah Allahyarham Che Mat Hashim atau lebih dikenali sebagai Pak Tam, salah seorang pendukung serta penggerak utama KEADILAN Permatang Pauh.

Sebagai Timbalan Ketua Cabang yang gagah dan setia, Allahyarham Pak Tam sememangnya banyak berjasa dalam membina kekuatan KEADILAN di Permatang Pauh terutamanya semenjak penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999.

Allahyarham Pak Tam juga merupakan antara tokoh tempatan yang paling giat membantu menyelaraskan urusan warga Permatang Pauh sewaktu saya menjadi Ahli Parlimen antara tahun 1999 hingga 2008.

Dengan penuh rasa terharu, saya mewakili seluruh pimpinan KEADILAN merakamkan takziah kepada kerabat keluarga Allahyarham Pak Tam atas kehilangan seorang tokoh yang begitu komited dalam perjuangan membela rakyat.

Diharapkan semoga Mak Tam sekeluarga bersabar dalam menempuh ujian ini dan semoga ruh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan bertakwa.

Al-Fatihah.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Belasungkawa, KEADILAN. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s