Kenyataan Richard Branson Wajar Dipandang Serius

Saya merakamkan penghargaan di atas kenyataan yang dibuat oleh Sir Richard Branson, usahawan terkemuka Britain yang menyatakan pandangan ikhlas beliau mengenai konspirasi dan fitnah ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Branson dalam majlis di Kuala Lumpur kelmarin tuntasnya senada dengan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh antarabangsa yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Dato’ Seri Anwar. Penekanan beliau mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah.

Tatkala imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini jika dibiar berterusan pastinya mengesani persepsi masyarkat dunia ke atas imej Malaysia.

Justeru, KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Branson itu dan diharap menjadi indikator jelas buat UMNO-BN untuk melaksanakan reformasi sistem.

KEADILAN konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama. Yang kekal dikecam adalah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera serta instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in Antarabangsa, Kenyataan Media. Bookmark the permalink.

One Response to Kenyataan Richard Branson Wajar Dipandang Serius

  1. Mikail Mathew berkata:

    Parti pemerintah BN-UMNO mengadaikan dan mencemarkan badan kehakiman Malaysia demi untuk terus berkuasa. Kita rakyat Malaysia pecaya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa kepada ketidakadilan pemerintah yang zalim dan konspirasi terhebat untuk memusnahkan idealogi politik beliau dalam memperjuangkan keadilan untuk semua. Dunia sememangnya melihat tuduhan dan pendawaan ke atas beliau sebagai sesuatu yang tidak wajar dan harus menyatakan bantahan keras melalui saluran dunia masing-masing. Kita berharap parti pemerintah BN-UMNO mengambil serious pandangan tokoh-tokoh besar dunia demi keadilan sejagat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s