Hormati Etika, Pupuk Muafakat

Alhamdulillah, pemilihan kepimpinan KEADILAN peringkat Cabang di seluruh negara setakat hari ini berjalan dengan lancar. Meskipun terdapat satu dua insiden kekecohan, namun ianya telah berjaya ditangani secara profesional oleh sekretariat pemilihan parti.

Sebagai sebuah parti yang mendukung prinsip demokrasi, kebebasan dan integriti, ingin saya menyeru kepada semua ahli dan penggerak KEADILAN agar sentiasa menjaga sahsiah dan menghormati etika sepanjang proses pemilihan berlangsung.

Proses pemilihan ini seharusnya dijalankan dengan penuh harmoni di atas semangat muafakat dan bukanlah sebagai wadah permusuhan yang membawa kepada perpecahan parti. Harus diingatkan bahawa musuh sebenar parti adalah kezaliman, penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa yang semakin membarah di negara ini.

Justeru, saya mengharapkan agar proses pemilihan ini benar-benar menzahirkan kematangan ahli dan seluruh penggerak KEADILAN dalam kita memacu proses demokrasi yang berteraskan etika dan semangat muafakat.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Kenyataan Media, Pemilihan 2010. Bookmark the permalink.

One Response to Hormati Etika, Pupuk Muafakat

  1. andro berkata:

    Demokrasi adalah persamaan hak yang diberikan pada setiap warganegara untuk menentukan hala tuju sesebuah negara yang didiami.Ia adalah kekuatan tangan setiap pengundi ibarat perlawanan main tarik tali.Di Malaysia sistem 2 Parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah yang diberi hak oleh Kerajaan Malaysia untuk menentukan hala tuju Negara Malaysia.Di dalam sejarah Islam hak menentukan keadilan bersama bermula di ketika sejarah meletakkan kedudukan batu Hajarul Aswad.Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kota Mekah mengalami banjir besar yang menyebabkan kerosakan teruk pada Kaabah. Setelah selesai kerja-kerja membina dan membaikpulih semula Kaabah, timbul satu pertelingkahan dalam menentukan siapakah yang paling berhak meletakkan Hajarul Aswad pada Kaabah. Pertumpahan darah hampir-hampir berlaku di antara kabilah-kabilah di Mekah.

    Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

    Ternyata orang yang mula-mula sekali memasuki pintu Safa adalah Nabi Muhammad dan dengan ini maka Bagindalah yang paling berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad itu di tempatnya.Namun begitu, untuk memberi peluang kepada ketua-ketua kabilah yang lain membawa Hajarul Aswad ke Kaabah maka Baginda telah melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada.

    Hajar Aswad diletakkannya di atas serban tersebut lalu Baginda meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan mengangkatnya secara bersama-sama. Setelah Hajarul Aswad sampai di Kaabah, Nabi Muhammad memegang Hajarul Aswad lalu meletakkannya di tempat asalnya. Tindakan ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

    Sejarah Melayu tentang Demokrasi bercirikan Pemerintahan diantara Hang Tuah dengan Hang Jebat.Dua ideologi nan berbeza iaitu Hang Tuah adalah sering bertentangan dengan Hang Jebat.Siapakah Hang Tuah dan Hang Jebat itu?Mari kita selidik bersama?Di Malaysia apabila kita bercerita tentang Malaysia maka perkara pertama yang tergambar adalah Bendera kita.Matahari dan Bulan jelas tergambar,apakah maksudnya Matahari dan Bulan itu adalah dua perkara yang perlu kita tahu bersama.Saya akan jelaskan satu tiori mengenai Hitam dan Putih.Dari sinilah bermulanya cerita Black or White.”Mentari menilai Bangsa,warna kulitmu..(Luar),Rembulan menilai Agama,isi keimananmu(Dalam).Di antara Hang Tuah dan Hang Jebat sering bertentang tentang Melayu dan Islam…Hang Tuah menegakkan Bangsa..slogannya “Tidak Melayu Hilang Di Dunia” dan Hang Jebat pula menegakkan Agama…slogannya “Islam agama yang Satu” maka di sini Saya mengatakan bahawa Hang Tuah mewakili Mentari(Bangsa)dan Hang
    Jebat mewakili Rembulan(Agama)

    Mentari adalah Semangat(Yang) simbol warnanya adalah Putih(Siang) dan Rembulan adalah Perasaan(Yin)simbol warnanya adalah Hitam(Malam) maka di sini Saya nyatakan Hang Tuah adalah sahabat Siang(Yang) dan Hang Jebat adalah sahabat Malam(Yin)

    Kita gambarkan pula Hang Tuah lebih aktif di siang hari dan Hang Jebat pula aktif di malam hari,Saya ambilkan contoh pada simbol seekor Ayam Jantan yang mempunyai keaktifan di siang hari,Apabila Mentari menyimbahkan sinar di subuh hari seekor Ayam Jantan akan menyambut ke kemunculan cahaya Mentari dengan mengepak sayapnya seraya berkokok….dengan megah untuk kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang,tersemat pula Keris dikaki…si Taming Sari…habis seluruh Ayam Betina ingin dimiliki…..di tawan dengan kais kaki kononnya menunjukkan budi ada makanan bakal menanti untuk rezeki akhirnya Ayam Betina menyerah untuk dimiliki,demi hajat yang perlu di penuhi.

    Saya ambilkan contoh pada seekor Musang Jebat,Viverra zibetha Linnaeus;yang keaktifan dimalam hari berbintik bertompok kakinya dan berbelang ekornya,juga di kenali sebagai Musang Kesturi sj musang yg menghasilkan kesturi,bau-bauan yang sangat mengharumkan sebagai simbolik perkara yang berlawanan dengan Ayam Jantan.

    Di sini Saya nyatakan bahawa Anda telah pun mengklasifikasikan bahawa Ayam Jantan mewakili Hang Tuah,Mentari,Bangsa,Yang,Siang dan Putih dan Musang Jebat mewakili Hang Jebat,Rembulan,Agama,Yin,Malam dan Hitam.Bahtera Negara kita sejak Pilihanraya Pertama sebelum merdeka adalah pada tahun 1955 telah melalui zon Siang dengan Kepimpinan Hang Tuah yang Saya katakan tadi Sahabat Mentari mengemudi sebagai Nakhoda Siang selama tempoh 57 tahun,Pada tahun 2012 maka akan cukuplah tempoh 57 tahun apabila Bahtera Negara Malaysia akan memasuki garis sempadan Zon Pelayaran Siang dengan Malam.Perebutan kuasa berlaku dan menjadi ketakutan pada Penumpang Bahtera Negara apabila Hang Jebat telah meneropong jauh di hadapan ternampak sebuah Terumbu Karang….hari telah senja langit sudah diufuk jingga..lautan bergelora badai dan taufan bertiup kencang…..Hang ..Tuah matanya sudah kelam kerana rabun malam,Hang Jebat memerintah kelasi menurunkan Layar dan menukar haluan namun
    ditentang Hang Tuah untuk meneruskan pelayaran…”Kedegilan”.Hang Jebat menanti dengan kesabaran untuk mengemudi Bahtera Negara dari musnah terlanggar karang….Hang Tuah si rabun Malam ingin meneruskan pelayaran biarpun Bahtera Negara akan karam.Tahun 2012 adalah sempadan masuknya Zon Pelayaran Malam giliran Hang Jebat Sahabat Rembulan mengemudi bahtera 57 tahun lagi sehingga tahun 2069……Al-Quran 114 Surah,Al-Hadid(Besi)Surah ke 57 sempadan Siang dan Malam…..Penunjuk sepanjang Zaman….PAS,DAP dan PKR Sahabat Bulan tegakkan Keimanan bendera Kemenangan……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s