Pemilihan KEADILAN 2010

Alhamdulillah, pemilihan KEADILAN 2010 ternyata mencatat sejarah politik tanah air apabila KEADILAN menjadi pelopor kepada kaedah pemilihan berdasarkan satu ahli satu undi. Dalam erti kata sebenarnya, demokrasi dibudayakan sepenuhnya di dalam KEADILAN dan bukan sekadar slogan kosong.

Saya yakin pemilihan ini pastinya menarik perhatian segenap lapisan masyarakat seluruh Malaysia. Maka proses yang dilalui seharusnya tersusun dan tidak menampakkan sebarang cacat cela.

Justeru, saya mengharapkan agar ruang Pemilihan kali ini harus dibudayakan dengan penuh tertib dan etika. Sebaran jamak pandangan yang berlaku harus dirai dengan penuh sopan dalam disiplin parti sebagaimana digariskan dalam Etika Pemilihan parti.

Saya juga menyeru agar Pemilihan ini dijadikan platform untuk ahli menilai barisan kepimpinan yang mantap dan segar idealisme bagi memandu KEADILAN untuk merealisasikan harapan rakyat ke arah Malaysia yang demokratik dan madani.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN
)

About wanazizahblog

President of Parti keADILan
This entry was posted in KEADILAN, Kenyataan Media. Bookmark the permalink.

2 Responses to Pemilihan KEADILAN 2010

  1. andro berkata:

    Sistem amalan Demokrasi adalah satu sistem yang menjadi pilihan Kerajaan di Malaysia,tujuan utama Demokrasi adalah untuk mendapat keadilan di dalam semua segi di antara majoriti pilihan rakyat…di Malaysia terdapat 2 Kerajaan yang mempunyai penyokong yang tersendiri,jadi Demokrasi adalah bertujuan untuk memperjuangkan keadilan di antara 2 pihak iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Dalam sistem Demokrasi Kerajaan yang memenangi Pilihanraya mendapat 2/3 undi adalah menguasai Pemerintahan namun haruslah bersikap adil dengan Kerajaan yang tidak mendapat sokongan 2/3 itu…bermakna 1/3 +1/3 adalah 2/3…dan 1/3 lagi adalah Kerajaan yang tidak berjaya merebut kuasa tampuk pemerintahan…keadilan yang harus di beri pada Kerajaan Barisan Nasional mestilah sama dengan keadilan yang diberikan pada Kerajaan Pakatan Rakyat…itulah tujuan utama sistem Demokrasi….Apa yang di terima oleh kerajaan Barisan Nasional seperti Royalti Petroleum,Lesen Penyiaran TV dan Radio,Media Elektronik dan Akhbar haruslah di kecapi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat….itulah Demokrasi…Kerajaan Kelantan wajar menerima Royalti Minyak,Lesen Penyiaran TV dan Radio sebagai Suara Negeri….dan Kerajaan Negeri…kita telah ada TV1,TV2 dan TV3 serta TV7,TV8 dan TV9 jadi TV4,TV5 dan TV6 apalah salahnya andai di berikan pada 1/3 majoriti Kerajaan yang mentadbir di dalam Malaysia Negara Kita bersama…..

  2. andro berkata:

    Dari 2/3 majoriti adalah hak Penyiaran yang diperolehi oleh Barisan Nasional iaitu TV1,TV2,TV3 dan TV7,TV8,TV9 maka 1/3 majoriti yang tidak tertuntut oleh Pakatan Rakyat adalah hak Penyiaran TV4,TV5 dan TV6 adalah hak mutlak Parti Pembangkang….hantar memorandum tuntutan kepada majlis raja-raja dan Yang Di Pertuan Agong…..demi keadilan tiga pihak…1/3+1/3(Barisan Nasional)+1/3(Pakatan Rakyat)….1/3+1/3+13 is Y =PEACE….untuk permulaan perlulah Kerajaan Pakatan mempunyai sebuah akhbar Berbahasa Inggeris,Melayu,Tamil dan Mandrin seperti Utusan,The Star yang pemegang saham di Barisan Nasional itu….Untuk mentadbir dan KePutrajaya perlu ada Media kita sendiri yang kuat…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s